Star Cruise Gemini
Sebenarnya idea untuk pergi ke cruise telah lama, akan
tetapi bila dan dengan siapa saya tidak tahu. Akhirnya, pada tahun 2015 saya
bercadang untuk berkahwin, so idea ini muncul kembali. Saya dan isteri setuju
untuk pergi “Honeymoon” menaiki cruise. Mula-mula kami bercadang untuk menaiki Star
cruise Libra. Sebab route die dari penang, pergi ke Phuket dan Krabi. Akan
tetapi, pada saat akhir kami di maklumkan akan menaiki Star Cruise Gemini.
Route die dari Singapore - Tioman dan
Redang. Kami amat kecewa kerana kami ingin melawat Phuket dengan Krabi. Tetapi,
pihak star cruise memberi pampasan sebagai ganti rugi. Hari silih hari berganti
sampai ke tanggal 27-09-2015, kami bersiap untuk ke Singapore melalui Airport
sky park. Untuk pengetahuan , pada tanggal ini jerebu yang amat dasyat telah
melanda negara kita. Disebab itu, perjalanan kami delay dari pukul 7am sampai
ke 1230 pm. Saya berharap agar kami sempat sampai ke destinasi kerana Cruise
itu akan bertolak pada pukul 2pm.
Safety briefing
Info untuk di dalam star cruise
Alhamdulilah, kami sempat sampai dan last check in di star
cruise gemini pada 140 pm. Perjalanan bermula di Marina south pier port (Kalau
saya x silap) pada 2 pm . waktu tempatan. Seperti biasa aka nada safety briefing
dan majlis selamat datang kepada semua pengunjung dengan sambutan besar besaran
berserta jamuan. Untuk pengatuan , pakej star cruise gemini termasuk tempat
tinggal dan makan. Kepada yang bertanya, jangan risau makanan disediakan dan
ada banyak café dan jenis makanan yang anda inginkan. Semua info anda boleh
bertanya di front desk atau boleh melihat Star cruise navigator. Star cruise
navigator ada semua atur cara/aktiviti pada hari tersebut dan dimana.
Star Navigator
Suasana bilik di dalam star cruise gemini
Kami sampai pada 28-09-2015 di pulau tioman. Sebelum kami
sampai, seperti biasa kami akan sarapan dulu di star cruise dengan pelbagai
makanan. Untuk sesiapa yang minat sukan air yang lasak, anda boleh join program
seperti scuba. Ini adalah kerana laut di tioman amat menarik. Akan tetapi semasa
kami sampai jerebu telah menggangu sedikit pemandangan kami. Kami sampai di Tioman
Island Golf club. Di sana saya dan isteri, beristeri rehat di pantai sambal menikmati
air kelapa. Cuaca kurang baik, so kami pun x berani untuk ke laut. Oleh itu,
kami menyewa buggy untuk berjalan-jalan di sekitar Kawasan tersebut. Setiap
perhentian, ada diberi masa dan pengunjung star cruise diminta untuk mematuhi
agar perjalanan Seterus tidak lewat.
Wife bila dapat line telefon terus lupa saya. Hahaha...
Selepas Tioman, star cruise gemini meneruskan perjalanan ke
pulau redang. Semasa perjalan, anda semua boleh menikmati aktivit di dalam
curise. Di sana ada kolam renang, game room, bar untuk santai dan pelbagai
lagi. Pada malam nya pula ada aktiviti seperti magic show , tarian dan juga
game di Star Dusk lounge.
Star Dusk Lounge
Makan malam di deck sambil ada band show
Kami tiba di pulau redang pada 29 – 09-2015 pagi. Seperti
biasa kami akan diberi peluang untuk turun dan menghayati keindahan di pulau redang.
Kami tiba di Laguna redang island
resort. Alhamdulilah, cuaca agak baik, dan saya Bersama isteri sempat
mandi manda di laut. Seperti baisa sesiapa yg berminat aktiviti air, boleh join
program yang Star cruise buat. Selepas mandi di laut, kami berehat sambil mendengar
lagu, menikmati ais kacang Laguna beach resort. Deruan ombak lagi menenangkan fikiran
sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. Selepas itu, kami balik ke Curise untuk
makan tengahri dan berehat. Untuk pengetahuan, setiap malam akhir pihak star
curise akan mengadakan Gala dinner dengan tema pakaian yg smart.
Laguna Redang island resort
Pada 30 -09-2015, kami selamat tiba ti bumi Singapore.
Sebelum kami bertolak, kami sempat membeli sedikit cendera mata untuk kami sebagai
kenang-kenangan.
Makan malam sekali dalam pakej
Untuk sesiapa berminat, anda boleh Join MATTA FAIR setiap
bulan 3 dan 9 untuk melihat pakej-pakej yang di tawarkan. Saya akan sambung
lagi di blog yang akan datang untuk kupasan Star Cruise Libra.
Sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment