Saturday, August 17, 2019

COVE 55 - Keindahan Alam Menjadi Saksi


Cove 55 Santubong Kuching Sarawak 12-06-2019 until 13-06-2019

                                   COVE 55 - Anugerah untuk tahun 2018


Bila kita bercerita pasti ramai yang seronok. Kenapa? Sebab bercuti dapat mengurangkan tekanan, break the rutin dan mengerakkan silaturahim antara ahli keluarga. Saya juga mengambil peluang kali ini untuk bercuti bersama isteri, anak dan ibu.



                              Iklan dalam majalan. Lupa pula majalah apa.

Bagaimana saya memilih COVE 55 sebagai destinasi percutian saya kali ini. Saya Bersama seorang sahabat bekerja di luar Kawasan. Semasa flight balik, saya Bersama beliau minum di satu restoran sambil membelek-belek majalah untuk mengisi masa lapang. Tiba saya satu artikel mengenai COVE 55. Wow menarik nyer tempat ni.

                                                      Pintu Masuk

Pada raya 2019 yang lepas, saya mengambil kesempatan untuk menempah hotel COVEE 55 sebagai tempat percutian kali ini. Kami semua teruja dan menunggu tarikh tersebut. Setiba nya kami di sana, kami disambut dengan baik oleh staff COVE 55. Seperti biasa kami semua teruja dengan keindahan alam dan juga persekitran di sana.


                           Kolam renang berdekan dengan kawasan hotel

Untuk pengatahuan anda, lokasi COVE 55 berada di santubong Kuching Sarawak. Disana anda boleh melawat pelbagai Kawasan seperti Sarawak culture village, damai beach resort, hiking di gunung santubong dan pelbagai lagi. COVE 55 amat menarik sebab berada di kaki gunung santubong dan juga berada di tepi laut china selatan. Kepada sesiapa yang suka kan keindahan alam, kesunyian dan ketenangan, COVE 55 adalah tempat yang baik kerana ia berada di luar bandar.

                                       Lokasi COVE 55 di dalam Maps

Seperti biasa, lepas check-in kami mengambil gambar di sekitar Kawasan hotel dan juga Kawasan di kolam renang tepi laut. Tetapi, kami amat kecewa kerana tidak dapat melihat sunset kerana awan terlalu tebal dan cuaca seperti hendak hujan. Pada malam nya kami hanya duduk berehat sambil bermain board game dan membaca majalah di Kawasan hotel.




                                        Library and Board Game area

                                        Persekitaran depan hotel

                   Swiming pool dekat laut berlatar belakang Gunung santubong

                                                Adik, wife dan ibu

Kalau sudah sampai di hotel perkara paling seronok sekali adalah breakfast. Disini, brekafest kita kena order seperti menu yang di sediakna. Untuk roti, pasty dan juga buah-buahan seperti baisa ia disediakan. Breakfest di sini amat tidak mengecewakan kerana makanan nya amat lazat. Anda boleh perhatikan gambar gambar yang saya sertakan.












Breakfest food

Pukul 12 seperti biasa kami check – out. Sebelum check -out kami sempat mengambil gambar buat kali terakhir. Pengalaman berharga ini akan menjadi ingatan kami semua. Untuk yang berminat anda boleh booking melalui AGODA atau pun apps. Lain.




Semoga kita berjumpa lagi untuk next story. Stay tune and relax. Thanks and bye-bye


                                                Siang dan malam

Thursday, August 15, 2019

STAR CRUISE GEMINI





Star Cruise Gemini

Sebenarnya idea untuk pergi ke cruise telah lama, akan tetapi bila dan dengan siapa saya tidak tahu. Akhirnya, pada tahun 2015 saya bercadang untuk berkahwin, so idea ini muncul kembali. Saya dan isteri setuju untuk pergi “Honeymoon” menaiki cruise. Mula-mula kami bercadang untuk menaiki Star cruise Libra. Sebab route die dari penang, pergi ke Phuket dan Krabi. Akan tetapi, pada saat akhir kami di maklumkan akan menaiki Star Cruise Gemini. Route die dari Singapore -  Tioman dan Redang. Kami amat kecewa kerana kami ingin melawat Phuket dengan Krabi. Tetapi, pihak star cruise memberi pampasan sebagai ganti rugi. Hari silih hari berganti sampai ke tanggal 27-09-2015, kami bersiap untuk ke Singapore melalui Airport sky park. Untuk pengetahuan , pada tanggal ini jerebu yang amat dasyat telah melanda negara kita. Disebab itu, perjalanan kami delay dari pukul 7am sampai ke 1230 pm. Saya berharap agar kami sempat sampai ke destinasi kerana Cruise itu akan bertolak pada pukul 2pm.



                                                            Safety briefing 


                                                      Info untuk di dalam star cruise

Alhamdulilah, kami sempat sampai dan last check in di star cruise gemini pada 140 pm. Perjalanan bermula di Marina south pier port (Kalau saya x silap) pada 2 pm . waktu tempatan. Seperti biasa aka nada safety briefing dan majlis selamat datang kepada semua pengunjung dengan sambutan besar besaran berserta jamuan. Untuk pengatuan , pakej star cruise gemini termasuk tempat tinggal dan makan. Kepada yang bertanya, jangan risau makanan disediakan dan ada banyak café dan jenis makanan yang anda inginkan. Semua info anda boleh bertanya di front desk atau boleh melihat Star cruise navigator. Star cruise navigator ada semua atur cara/aktiviti pada hari tersebut dan dimana.

                                                                  Star Navigator




                                            Suasana bilik di dalam star cruise gemini


Kami sampai pada 28-09-2015 di pulau tioman. Sebelum kami sampai, seperti biasa kami akan sarapan dulu di star cruise dengan pelbagai makanan. Untuk sesiapa yang minat sukan air yang lasak, anda boleh join program seperti scuba. Ini adalah kerana laut di tioman amat menarik. Akan tetapi semasa kami sampai jerebu telah menggangu sedikit pemandangan kami. Kami sampai di Tioman Island Golf club. Di sana saya dan isteri, beristeri rehat di pantai sambal menikmati air kelapa. Cuaca kurang baik, so kami pun x berani untuk ke laut. Oleh itu, kami menyewa buggy untuk berjalan-jalan di sekitar Kawasan tersebut. Setiap perhentian, ada diberi masa dan pengunjung star cruise diminta untuk mematuhi agar perjalanan Seterus tidak lewat.



                                     Wife bila dapat line telefon terus lupa saya. Hahaha...


Selepas Tioman, star cruise gemini meneruskan perjalanan ke pulau redang. Semasa perjalan, anda semua boleh menikmati aktivit di dalam curise. Di sana ada kolam renang, game room, bar untuk santai dan pelbagai lagi. Pada malam nya pula ada aktiviti seperti magic show , tarian dan juga game di Star Dusk lounge.


Star Dusk Lounge


                                            Makan malam di deck sambil ada band show


Kami tiba di pulau redang pada 29 – 09-2015 pagi. Seperti biasa kami akan diberi peluang untuk turun dan menghayati keindahan di pulau redang. Kami tiba di Laguna redang island  resort. Alhamdulilah, cuaca agak baik, dan saya Bersama isteri sempat mandi manda di laut. Seperti baisa sesiapa yg berminat aktiviti air, boleh join program yang Star cruise buat. Selepas mandi di laut, kami berehat sambil mendengar lagu, menikmati ais kacang Laguna beach resort. Deruan ombak lagi menenangkan fikiran sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. Selepas itu, kami balik ke Curise untuk makan tengahri dan berehat. Untuk pengetahuan, setiap malam akhir pihak star curise akan mengadakan Gala dinner dengan tema pakaian yg smart.




                                                    Laguna Redang island resort

Pada 30 -09-2015, kami selamat tiba ti bumi Singapore. Sebelum kami bertolak, kami sempat membeli sedikit cendera mata untuk kami sebagai kenang-kenangan.


                                                Makan malam sekali dalam pakej






                                                 Gambar sekitar star cruise gemini

Untuk sesiapa berminat, anda boleh Join MATTA FAIR setiap bulan 3 dan 9 untuk melihat pakej-pakej yang di tawarkan. Saya akan sambung lagi di blog yang akan datang untuk kupasan Star Cruise Libra.



Sekian terima kasih.



Thursday, January 13, 2011

Maaf kepada peminat?

Berjumpa lagi dengan saya Carl J.... meniti perjalanan tanpa penat lelah... Maaf kepade peminat blog BERKONGSI BERSAMA CARL J kerana penulis (Carl J) amat sibuk dgn perjalan ke serantau malaysia.. tp tidak mengapa kerana Carl J sudah kembali dengan Blog baru iaitu Carl J kembali...

Seperti biasa Carl J akan membawa saudara dan saudari dengan topik-topik menarik yang mampu membuka mata dan fikiran remaja sekarang....

Jumpa esok bersama topik pertama  "Di manakah kesedaran sekarang?" wah! panas tajuk ni.. ape lagi tunggu esok ye.........